SUARA PEREMPUAN DAN FATWA MENGENAI BERTELEFON DENGAN PEREMPUAN
Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3
Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kepuncak kerusakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan penutup semua faktor yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.
Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun karena hajat yang disyarakkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.
Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan nikah dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan nikah dengan seseorang perempuan itu (melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32, yang bermaksud, "Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."
1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata, yang bermaksud, "Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya."
Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata, yang bermaksud, "Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diungkapkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."
Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.
2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur’an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diungkapkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekedarhajat yang diperlukan oleh manusia.
3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur’an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meungkapkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu.
Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."
4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur’an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahwa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.
5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.
6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh berbicara dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.
7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-Qur’an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.
Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini?
Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin yang tidak diinginkan oleh lelaki yang jahat, yang tidak menggoyangkan bayangan lelaki yang tidak baik, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman.
Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahwa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana. Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya.
Itu pada zaman kenabian. Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?! Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini, perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meungkapkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!
Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diungkapkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meungkapkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa terdekat atau dalam jangka masa panjang.
FATWA HUKUM BERCAKAP-CAKAPANTARA LELAKI DAN WANITA YANG SUDAH BERTUNANG MELALUI TELEFON
Soalan:
Seorang lelaki bercakap-cakap dengan tunangnya melalui telefon, adakah perbuatan itu diharuskan menurut syarak ataupun tidak?
Jawapan:
Percakapan lelaki kepada tunangnya melalui telefon adalah tidak mengapa bila keadaan perhubungan mereka selepas lamaran lelaki itu diterima. Keadaan percakapan itu adalah untuk saling faham-memahami dengan kadar yang diperlukan dan tidak akan menimbulkan sebarang fitnah. Perbuatan itu adalah melalui walinya dan melakukan percakapannya tidak menimbulkan sebarang keraguan.
Adapun percakapan yang berlaku antara lelaki ajnabi bersama wanita ajnabiah dan antara pemuda ajnabi bersama pemudi ajnabiah, sedangkan tidak adanya antara mereka ini hubungan pertunangan, hanya semata-mata untuk berkenal-kenalan sebagaimana yang mereka istilahkannya, maka perbuatan ini adalah termasuk kemungkaran, perkara yang diharamkan, mendorong kepada perbuatan fitnah dan akhirnya akan terjerumus kepada perbuatan kemaksiatan.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 32, yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya karena menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan." (Ayat ini mengajar supaya wanita-wanita tidak bercakap-cakap dengan lemah lembut kepada lelaki ajnabi. Sekiranya ada keperluan, mereka hendaklah bercakap dengan tegas, tegap tetapi sopan karena lelaki ajnabi seringkali menaruh harapan kepada wanita-wanita yang bersikap lemah lembut).
Seseorang wanita ajnabiah tidak boleh bercakap dengan lelaki ajnabi melainkan sekedar keperluan, dengan percakapan sopan yang tidak adanya fitnah dan tidak ada keraguan. Malah, ulama memberikan keterangan bahwa seseorang wanita yang sedang berihram pun ketika hendak bertalbiah tidak boleh mengangkatkan suaranya.
Di dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Sekiranya kamu hendak memberikan sesuatu peringatan di dalam sembahyang kamu, hendaklah mengucapkan tasbih bagi lelaki dan menepukkan belakang tapak tangan bagi wanita." Hadis ini menunjukkan bahwa seseorang wanita ajnabiah tidak boleh memperdengarkan suaranya kepada lelaki ajnabi melainkan pada situasi-situasi yang dihajatkan untuk bercakap dengan lelaki ajnabi dengan syarat melakukannya dalam keadaan malu dan sopan.
Wallahu A’lam.
[Fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan dalam kitab Pilihan Daripada Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3 halaman 163-164].
HUKUM MENDENGAR SUARA WANITA MELALUI TELEFON
Soalan:
Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara wanita ajnabiah melalui perantara telefon atau melalui peralatan perantara perhubungan lain?
Jawapan:
Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.
Tetapi, sebagian ulama mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya karena menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."
Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan percakapan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui perantara telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan percakapan itu melainkan ketika tersangat perlu.
[Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf].
WANITA NAIK TAXI KESEORANGAN BERSAMA PEMANDUNYA
Soalan:
Apakah hukumnya seorang wanita menaiki taxi bersama tuan punya taxi itu tanpa bersamanya mahramnya?
Jawapannya:
Tidak ada sebarang keraguan lagi bahwa seorang wanita ajnabiah yang menaiki taxi bersama dengan pemandu taxi itu keseorangan tanpa ada mahramnya yang menyertainya adalah satu kemungkaran yang amat nyata. Perbuatan itu akan menyebabkan kepada pelbagai kemaksiatan yang tidak boleh dipandang remeh sama ada wanita itu seorang yang pemalu atau yang agak berani.
Lelaki yang merasa redha terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mahramnya ini adalah dianggap sebagai lemah agamanya, tidak sempurna kelelakiannya dan tidak cemburukan terhadap mahramnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki tidak bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya."
Seseorang wanita menaiki taxi bersama dengan pemandunya adalah dianggap lebih bahaya dari mereka bersunyi-sunyian di dalam sebuah rumah dan sebagainya karena pemandunya boleh membawa wanita itu pergi bersamanya ke mana dia suka sama ada di kawasan berdekatan ataupun jauh di luar bandar, sama ada wanita itu suka ataupun bencikannya. Perbuatan tersebut akan menyebabkan kepada kemaksiatan yang lebih besar daripada yang disifatkan sebagai bersunyi-sunyian semata-mata.
Tidak tersembunyi lagi, perkara itu timbul karena terdapatnya pengaruh fitnah wanita dan kemaksiatan yang akan bakal terjadi kepada wanita tersebut.
Dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Aku tidak meninggalkan selepas zaman aku ini sebuah fitnah terhadap seseorang lelaki yang lebih berbahaya yang berpunca daripada wanita."
Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Hendaklah kamu takutkan terhadap situasi dunia dan takutkanlah kepada karena para wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang terjadi pada Bani Israel adalah berawal dari wanita."
Karena inilah dan lainnya yang terjadi di dalam permasalahan ini dan untuk mengambil apa yang dimaksudkan sebagai satu kemaslahatan umum serta satu kemestian yang bersifat wajib di segi agama, maka kita semua diwajibkan menetapkan untuk melarang mana-mana wanita ajnabiah menaiki taxi bersama dengan pemandunya secara berseorangan tanpa orang yang menemaninya sama ada mahramnya, orang yang dapat mewakili tempat mahramnya atau penjaganya yang mempunyai sifat amanah serta dikenali sifat baiknya.
Orang yang bertanggungjawab hendaklah memastikan terhadap permasalahan ini dengan serius dan tegas. Kalau boleh, hendaklah membentuk satu lajnah dan menentukan hukuman yang sesuai mengikut kesesuaian orang yang melanggar ketentuan larangan ini. Sesiapa saja yang melanggar ketentuan hukum ini, hendaklah dijalankan hak balasan hukumnya yang telah ditetapkan, contohnya pemandu taxi dikenakan denda yang berbentuk uang. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya buat kali kedua, maka denda itu digandakan sebanyak 2 kali ganda dan dipenjara sebanyak tempoh yang ditentukan serta ditakzir menggunakan cemeti. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya sebanyak 3 kali, digandakan dendanya, tempoh penjaranya ditambah, bilangan takzir dan ditarik semula lesen pemandunya karena mempermain-mainkan tugas pekerjaan sebagai pemandu taxi. Wanita yang menaiki taxi seorang diri itu juga dikenakan hukuman takzir. Walinya yang merasa redha terhadap perbuatan anak wanitanya juga dikenakan hukuman takzir juga.
Sebelum itu, pihak yang bertanggungjawab terhadap permasalahan ini hendaklah mengiklankan hukuman itu di dalam suratkhabar dan siaran radio untuk memperingatkan orang ramai terlebih dahulu. Ketua Polisi, Ketua Lalulintas dan Askar-askar penyelamat juga hendaklah sentiasa mengawasi permasalahan ini. Begitu juga dengan Pusat-pusat Pemerhati bersama dengan peranan mereka masing-masing dan anggota bertindak. Mereka yang bertanggungjawab hendaklah menasihati kepada para wanita dan orang-orang yang berada di bawah jagaannya terhadap segala urusan yang mereka lakukan, mengingatkan mereka segala apa yang diperbuat dan menakut-nakutkan mereka lantaran kurangnya ketaatan mereka.
Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Para lelaki akan binasa sekiranya mereka taatkan terhadap arahan wanita."
Di dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Aku tidak pernah melihat wanita-wanita yang kurang berfikirnya dan agamanya itu lebih berjaya jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai akal untuk berfikir."
[Kumpulan Fatwa dan Risalah as-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali as-Syeikh jilid 10 halaman 52-54].
PERHUBUNGAN INTIM SEBELUM NIKAH
Soalan:
Apakah pandangan agama tentang perhubungan wanita dengan lelaki sebelum nikah?
Jawapan:
Soalan orang yang bertanya adalah mengenai mereka yang belum nikah. Jika seseorang wanita itu mempunyai niat hendak nikah, kemudian melakukan akad nikah dan dia belum melakukan persetubuhan dengan suaminya, maka perbuatan perhubungan dengan suaminya itu tidak mengapa. Dengan sebab adanya akad nikah, wanita itu sudah menjadi seorang isteri sekalipun belum berlakunya perlakuan persetubuhan.
Adapun keadaan seseorang yang belum berakad nikah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum bertunang lagi, perkara itu adalah diharamkan dan tidak diharuskan. Seseorang lelaki ajnabi tidak diharuskan untuk bermesarah-mesrah-an bersama seseorang wanita ajnabiah. Lelaki ajnabi dan wanita ajnabiah tidak boleh merayu, tidak boleh saling pandang-memandang dan tidak boleh berdua-duaan.
Sesungguhnya sudah pasti daripada Nabi SAW bahwa baginda bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki sungguh tidak boleh bersunyi-sunyian dengan seorang wanita kecuali bersama dengan mahram. Seseorang wanita tidak boleh bermusafir melainkan bersama mahramnya."
Kesimpulannya, sekiranya keadaan perlakuan mereka ini selepas mereka melakukan akad nikah, maka tidak mengapa. Seseorang lelaki masih lagi diharamkan untuk berinteraksi secara bebas dengan wanita yang masih lagi ajnabiah baginya.
[Fatwa as-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin].
LELAKI MELIHAT WANITA TUNANGANNYA
Soalan:
Sebagian daripada sebab berlakunya perceraian ialah bakal suami tidak pernah melihat kepada bakal isterinya sebelum mereka bernikah sedangkan agama Islam kita mengharuskan perbuatan tersebut. Apakah ulasan ustaz mengenai tajuk ini?
Jawapan:
Tidak diragukan lagi bahwa bakal suami yang tidak pernah melihat bakal isterinya sebelum bernikah kadang-kadang boleh menyebabkan kepada perceraian karena kemungkinan bakal suaminya mendapati sifat-sifat yang ada pada bakal isterinya itu tidak sesuai dengan nalurinya.
Karena sebab inilah, Allah SWT telah mensyarakkan kepada bakal suami agar melihat kepada bakal isterinya sebelum bernikah mengikut syarat-syarat yang dibolehkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang lelaki dari kamu sudah melamar seorang wanita, jika mampu lelaki itu hendaklah melihat kepada wanita tunangannya sehingga boleh mendorong lelaki itu untuk menikahi wanita tunangannya maka perbuatlah. Melihat bakal isterinya adalah lebih baik agar kehidupan antara keduanya akan sentiasa berkekalan." [Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dengan isnad yang baik. Hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dari hadis Jabir RA].
Hadis diriwayatkan oleh Ahmad, at-Termizi, an-Nasa’ie dan Ibnu Majah dari Mughirah bin Syu’bah RA bahwa beliau telah melamar seorang wanita. Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Hendaklah kamu lihat kepadanya karena ianya adalah lebih baik untuk mengekalkan kehidupan antara kamu berdua."
Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya dari Abi Hurairah RA bahwa seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah SAW bahwa beliau telah melamar seorang wanita. Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Adakah kamu sudah melihat kepadanya?" Lelaki itu menjawab, "Belum." Rasulullah menganjurkan, "Pergilah dan lihatlah kepada wanita itu."
Hadis-hadis ini dan semua keterangan yang menunjukkan kepada maksud tersebut memaksudkan diperintahkan seseorang bakal suami itu melihat kepada bakal isterinya sebelum berlangsungnya akad pernikahan karena pandang-memandang itu menghampirkan kepada persesuaian dan matlamat yang baik. Perkara ini adalah sebagian daripada wahyu syariat yang cantik di mana ianya mempunyai tujuan memperbaiki akhlak hamba-hambaNya, kebagiaan masyarakat sama ada pada masa ini mahupun pada masa akan datang. Maha Suci Allah yang telah memerintahkan perbuatan itu dan menetapkan hukumnya serta menjadikannya seperti kapal Nabi Nuh. Sesiapa saja yang menaiki ke dalam kapal itu, dia akan terselamat dan sesiapa saja yang keluar daripadanya, dia akan tenggelam.
DOKTOR MEMERIKSA AURAT WANITA UNTUK PENGOBATAN DAN MEREKA BERDUAAN
Soalan:
Apakah hukumnya seorang doktor yang memeriksa aurat seorang wanita untuk mengobati satu penyakit yang berada di kawasan aurat itu, ditambah lagi mereka berduaan di dalam sebuah ruang rawatan?
Jawapan:
Badan seseorang wanita adalah dianggap sebagai aurat (menurut pendapat sebagian ulama) dan tempat tumpuan kepada para lelaki ajnabi pada semua halnya. Karena inilah, bagi seseorang wanita itu tidak sewajarnya membenarkan seorang lelaki ajnabi memeriksa badannya atau mengobatinya.
Jika seorang doktor wanita tidak boleh didapati, maka tidak mengapa doktor lelaki mengobati pesakit wanita. Perkara ini diserupakan dengan hal keadaan yang dharurat tetapi dikaitkan dengan syarat-syarat yang diketahui.
Karena inilah, para ahli feqh berkata, "Sesuatu keperluan itu ditentukan dengan kadar yang diperlukan saja." Doktor lelaki itu tidak dihalalkan melihat sebagian aurat wanita pesakitnya atau menyentuh badannya sekiranya sesuatu hajat tidak memerlukannya untuk melihatnya atau menyentuhnya. Pesakit wanita wajib menutup semua anggota tubuh badannya yang tidak dihajatkan untuk diperiksa ketika pengobatan sedang dijalankan.
Sekalipun semua tubuh badan wanita itu dianggap sebagai aurat (menurut pendapat sebagian ulama), aurat itu sendiri berbeda-beda. Sebagiannya dinamakan sebagai aurat yang lebih berat (mughallazah) dan sebagiannya yang lain dinamakannya aurat yang lebih ringan (muhaffafah). Sebagaimana juga dengan jenis penyakit yang diobati, kadang-kadang penyakit itu berbahaya yang tidak sepatutnya pengobatannya itu dilambatkan, kadang-kadang penyakit itu disebabkan perkara yang sedikit yang tidak merbahaya sekiranya dilambatkan pengobatannya sehingga mahramnya dapat hadir sama dan tidak menyebabkan kepada bahaya.
Sebagaimana juga dengan wanita itu sendiri adalah berbeda-beda keadaannya Sebagiannya adalah wanita yang sudah lanjut usianya, sebagiannya anak gadis yang cantik, setengahnya adalah wanita yang pertengahan, sebagiannya wanita itu datang dalam keadaan terseksa dengan sebab penyakitnya, sebagian wanita datang ke hospital tanpa terlihat padanya kesan-kesan penyakit, sebagian wanita datang seolah-olahnya dalam keadaan separuh mabuk atau tidak sedarkan diri, sebagiannya hanya memadai dengan diberikan pil dan sebagainya. Setiap wanita itu mempunyai hukumnya yang tersendiri.
Berdasarkan kepada semua hal, berdua-duaan dengan wanita ajnabiah adalah diharamkan di segi syarak sekalipun kepada doktor yang mengobatinya karena terdapatnya sebuah hadis yang bermaksud, "Seseorang lelaki dan seorang wanita itu tidak berdua-duaan melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya."
Sewajarnya terdapatnya seseorang bersama dengan wanita pesakit itu sama ada suaminya atau salah seorang mahramnya yang lelaki. Sekiranya tidak ada, sekalipun daripada kaum kerabatnya yang perempuan. Sekiranya tidak ada seorang pun seperti yang disebutkan, sedangkan pesakit wanita itu dalam keadaan bahaya dan tidak boleh ditangguhkan pengobatannya, maka sekurang-kurangnya jururawat wanita atau seumpamanya ada hadir bersama dengan pesakit wanita itu untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi berdua-duaan yang dilarang. [Dinukil dari kitab Kumpulan Fatwa dan Risalah as-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali as-Syeikh jilid 10 halaman 12-13].
HUKUM WANITA MEMAKAI PAKAIAN SEMPIT DI HADAPAN WANITA LAIN
Soalan:
Adakah seseorang wanita yang memakai pakaian sempit ketika beliau berada di hadapan wanita lain termasuk di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olahnya bertelanjang..."?
Jawapan:
Tidak syak lagi bahwa seseorang wanita yang memakai sesuatu pakaian sempit yang boleh menjelmakan bentuk tubuh badannya adalah tidak diharuskan melainkan ketika beliau berada di sisi suaminya saja. Adapun, ketika seseorang wanita itu berada dekat dengan orang lain, beliau tidak diharuskan memakai pakaian yang sempit sekalipun beliau pada ketika itu berada di hadapan wanita lain karena perbuatan beliau itu adalah dianggap sebagai contoh yang tidak baik kepada orang yang memandangnya.
Sekiranya seseorang wanita memakai pakaian seperti ini, kemungkinan wanita lain yang melihatnya akan terikut sama untuk memakainya juga sedangkan beliau diperintahkan untuk menutup auratnya menggunakan pakaian labuh dan sebarang penutup dari pandangan semua orang kecuali ketika berada di sisi suaminya. Seseorang wanita hendaklah menutup auratnya dari pandangan wanita lain sebagaimana beliau menutup auratnya ketika berada di hadapan lelaki ajnabi. Semua anggota seseorang wanita hendaklah ditutup kecuali anggota yang pada kebiasaannya boleh dibuka ketika berada di hadapan wanita lain seperti muka, dua tangannya dan kedua kakinya karena ianya termasuk dari anggota yang diperlukan untuk membukanya.

HUKUM WANITA BERCAKAP-CAKAP DENGAN PENJUAL PAKAIAN
Soalan:
Apakah hukumnya seorang wanita bercakap-cakap dengan tuan punya kedai pakaian atau tukang jahit? Diharapkan ustaz dapat memberikan sedikit kalimah taujihat yang sempurna kepada para wanita
Jawaban:
Seseorang wanita bercakap-cakap dengan peniaga sebagai percakapan yang dikadarkan dengan keperluannya dan tidak ada padanya sebarang fitnah adalah tidak mengapa. Keadaan percakapan wanita dengan lelaki itu dianggap sebagian daripada keperluan dan urusan yang tidak ada fitnah padanya dan berlakunya di dalam batasan-batasan yang diperlukan. Sekiranya percakapan itu disertai dengan ketawa, senyuman atau suara yang menggoda, maka perkara ini diharamkan dan tidak diharuskan.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 33 kepada isteri-isteri Nabi SAW yang bermaksud, "Maka janganlah kamu bercakap dengan lemah lembut. Perkara itu akan menyebabkan lelaki ajnabi yang mempunyai penyakit di dalam hatinya akan menaruh harapan. Berkatalah dengan perkataan yang sopan."
Perkataan yang sopan adalah apa yang diketahui oleh orang ramai dengan sekedarkeperluannya. Adapun perkataan yang melebihi dari itu, iaitu dengan cara ketawa, senyuman, dengan mengeluarkan suara yang menggoda dan selainnya, atau membuka aurat di hadapannya, membuka lengannya atau lainnya, semua ini adalah diharamkan, kemungkaran, perkara yang menyebabkan kepada fitnah dan daripada sebab-sebab terjadinya kemaksiatan.
Seseorang wanita Muslimah yang dianggap sebagai takutkan azab Allah SWT hendaklah beliau bertaqwa kepada Allah SWT, tidak bercakap dengan lelaki ajnabi dengan percakapan yang boleh menarik perhatian mereka dan menggoda hati mereka. Jauhkanlah perkara ini. Sekiranya berhajatkan juga pergi ke kedai peniaga lelaki atau ke mana-mana tempat pun yang ada lelaki ajnabi, maka hendaklah dengan keadaan kesopanan, menutup aurat dan berkelakuan dengan adab-adab Islam. Apabila terpaksa bercakap dengan lelaki ajnabi, bercakaplah dengan perkataan yang sopan yang tidak menggoda dan tidak ada keraguan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar